Monday, July 12, 2010

Realiti MLM-Nama Lain..Konsep Penipuan Tetap SAMA

Realiti MLM-Nama Lain..Konsep Penipuan Tetap SAMA
Kongsi


Bismillahiramannirahim....
Assalamualaikum.....

Sabda Rasulullah s.a.w : “ Bantulah saudaramu yang berlaku zalim atau yang menzalimi. Sahabat berkata: Ya Rasullullah,kami membantu orang yang dizalimi,tetapi bagaimana kami membantu orang yang zalim. Sabda Rasullullah: "Halangilah kezaliman yang di lakukan oleh mereka.” (Hadith riwayat Al-Bukhari)


Nota Ini Dibuat Berdasarkan Pengalaman Diri Sendiri
Dan Juga Pembacaan Didalam Group Anti FC...
Walaupun MLM Yang Saya Ikuti Adalah Syarikat Lain
Tapi Gerak Kerja Adalah Sama...Dan Diharap Sahabat2 Semua Dapat Menghindarkan Diri Daripada Mendekati Syarikat Yang Menjadikan Barangan2 Sebagai Kambing Hitam...
Sebaliknya Menumpukan Kepada Mencari PARTNER/RAKAN NIAGA........

Pada Mulanya Saya Melihat MLM Adalah Suatu Pekara Yang Halal Dan Sah...
Tapi Bila Saya Memikirkan Beberapa Pekara(Pengalaman)
Memang Hipokrit....Perlu Bermuka-Muka,Perlu Pakai Macam Bisnesmen Yang Berjaya
Perlu Meyakinkan Orang Yang Kita Punya Income Sudah Ribu2....
Alhamdulillah Petunjuk Dan Hidayah Allah........ Kini Saya Sedar...Apa Itu MLM...
Biarlah Rugi Sedikit Didunia...

Asalkan Diakhirat KELAK....SAYA TIDAK PERLU MENJAWAB MENGAPA MENIPU,MENGAPA MAKAN DUIT DARIPADA HASIL MENIPU.........

Alhamdulilllah....
Saya Telah Berjaya Meninggalkan MLM YANG AMAT MERAGUKAN GERAK KERJA NYA.....


Maka Saya Merasakan Sesiapa Yang Mencari Makan Dengan MLM ADALAH HARAM.....
Kerana Kita Perlu Menipu Dalam Setiap Pekara.....
(Sila Perbetulkan Jika Saya Salah Dalam Meletakkan Hukum Haram)

Maksud Haram Pada Saya Adalah Perniagaan Ini SAH Dalam Undang2 Dunia...
'Kerana Mempunyai Barang Untuk Dijual'
Tetapi Lupakah Kita Kepada Undang2 ALLAH ?

"Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta." (HR. Bukhari)

Menjadi Haram Bila Kita Seperti Menyorokkan Sesuatu Yang Benar...
Sebagai Contoh...

Bila Ditanya Income...Kita Tidak Boleh Beritahu Kononnya...Takut Riak Dan Berlagak...
(Padahal Kita Perlu MENIPU Untuk Meyakinkan Mangsa(PROSPECT)

Gaji Bulan Dihabiskan Untuk Bawak Orang "Makan2 Sambil Bercerita" Perlu Sentiasa Datang Ke Office Untuk "Training" Cara2 Menipu Orang...
(Malah Saya Dan Rakan2 Yang Aktif BerMLM Juga Terpaksa Budget Untuk Makan...
Sedangkan Prospect2 Perlu Dibelanjakan_


Kita Juga Perlu Memutar Belit Kata2...
Kononnya Kita Tak Ajak Sebarang Orang Join...Hanya Orang Yang Ada Komitment Je Yang Akan Dipelawa....
(Padahal Target Utama Adalah Orang2 Kerajaan Ataupun Yang Mempunyai Adik Beradik Bekerja Kerajaan...Untuk Buat Loan Dalam Jumlah Yang Besar...

Kita Bukan Cari Orang...Orang Akan Cari Kita...
(Bila Jumpa Orang Kita Perlu Belanja Untuk Tunjukkan Kita Banyak Duit.....Dan Bagitahu Kita Dapat Rezeki Lebih Dengan Bisnes Yang Kita Buat...Dan Bila Orang Tu Dah Teruja..Maka Step Seterusnya Akan Dilaksanakan..)

Disini Adakah Kita Ikhlas Membelanjakan Orang Itu ?
Mengatakan Rezeki Lebih...
Padahal Habuk Pun Tarak....

Malah Dalam Bisnes Ini Juga Kita Diajar Memutuskan Silatulrahim....
Dimana Berlaku Dua Kejadian....

Pertama Bila Orang Tu Taknak Join...Kita Akan Mencaci Maki Ataupun Putuskan Hubungan Dan Menyimpan Dendam Kerana Orang Itu Tidak Mahu Join...Dan Kita juga Mungkin Mengungkit Tentang Duit Yang Kita Belanjakan Tu...

Kedua....Bila Orang Tu Dah Join...Dan Dia DOWN(Istilah Tidak Berminat Lagi Nak Buat MLM)
Maka Kita Akan Mengutuk2 Mengata.....Kononnya....

Malas,Tak Rajin Datang Office,Kedekut Nak Keluar Duit,Taknak Ambik Ilmu,Tak Pandai Rebut Peluang,....
Hinggalah Terjadinya DENDAM....

Bukankah Setiap Islam Itu Bersaudara....

MLM Telah Melatih Kita Memutuskan Silatulrahim Tanpa Kita Sedari...

Jadi....
Apakah Boleh Diberi Istilah Sebagai Satu Perniagaan?
Jika Barangannya Tak Dijual...
Maka Adakah Halal Kita Mencari Rekruit(Downline) Dengan Cara Yang Menipu ?
Apakah Ini Boleh Dikatakan Perniagaan....

Dan Barangan Pula Cuma Dijadikan KAMBING HITAM Untuk Menghalalkan Cara MENIPU Ini...

Dan Kepada Yang Masih Aktif Lagi Membuat MLM...
Renungkanlah.....
Mungkin Anda Boleh Kaya Dengan Menipu Orang....Mungkin Anda Boleh Hidup Mewah Dengan Menipu Orang...

Tapi Anda Lupa SYURGA NERAKA ?
Anda Lupa Duit Yang Anda Makan Tu ?
Isteri Dan Anak2 Anda Membesar Dengan Duit Haram ?
Dan Jangan Lah Anda Menangis Bila Anak2 Anda Menjadi Manusia Yang Bukan Manusia Dimana Yang Perempuan Jadi Bohsia Dan Lelaki Jadi Penagih Dadah Kelak... Hasil Curahan Wang2 Haram Anda Itu.....


“Tuhan sengaja bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan. Mereka pun bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat kurniaan, lalu Tuhan timpakan mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan, maka mereka pun berputus asa daripada mendapat sebarang pertolongan.” (Hadis riwayat Ahmad)


Dan Renungkan Perkataan Ini....(Yang Menjadi Hadith Riwayat Manusia2 MLM)

WANG BUKAN SEGALA-GALANYA...TAPI SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN WANG.... Yang Kerap Dilaungkan Manusia2 Mazhab MLM.......

Jika Dizaman Rasulullah...Berhala Lata Dan Uzza Menjadi Sembahan...
Ketahuilah Kita Telah Menjadi Penyembah Berhala Bernama DUIT

Dari Kaab bin Iyad r.a. berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta" (Riwayat Al-Tirmizi)

Jika Menipu Membolehkan Saya Kaya...
Biarlah Saya Miskin....

Jika Menipu Membolehkan Saya Menghantar Emak Dan Ayah Ke Mekah...
Maka Saya Rela Tinggalkan Penipuan Ini...Biarlah Allah Yang Menentukannya...

Firman ALLAH SWT: "Dan barangsiapa yang buta di sini, maka di akhirat pun dia buta dan lebih sesatlah jalannya." -( Al-Qur'anul Karim; Surah Al-Israa' ayat 72)


WAllahu'Alam....


Dibawah Nie Sedikit Cerita Untuk Mengelakkan Kita Menjadi Mangsa......

Aku ada satu pengalaman simple dan ringkas pasal One Team ( Family Club )

Benda ni memang daripada informasi kawan-kawan juga . My Old friend masa belajar di UNITAR dulu. Lama x dengar cerita.

Situasi :
Lokasi perjumpaan : Kelana Jaya
Gender dia : Female
Datang dengan : Lelaki macho smart ( Mcm bos )
hari ? : Sabtu
Kereta ? : kancil merah.
Motif perjumpaan : Lama x dengar berita , nak cerita pasal biz
Prospek : AKu dan kawan aku .

Datang dengan megah sambil memperkenalkan upline beliau. Aku dengan kawan aku senyum .

Aku pelawa order makan, the girl kata masih kenyang. Aku offer aku belanja.Dia pun order.

kemudian kami sembang kosong dalam 5 minit sambil mengenangkan masa belajar dulu. Kawan aku ketawa. Mamat macho tu asyik nak kontrol hensem.

Minah ni bukak cerita tanya aku kerja apa sekarang. Aku kata aku makan gaji . Kawan aku ketawa. Aku tanya dia kerja apa . Dia kata buat bizness. so aku assume dia akan tertunggu-tunggu aku tanya bizness apa , so aku tak teruskan . Aku tanya kawan dia , kerja apa ? dia kata sama mcm the gurl , buat bizness. Then kawan aku tanya , what business u do?

Lagging dalam 3-4 saat baru lelaki macho tu kata . Pernah dengar One Team? Kawan aku buat jokes " formula One pernah dengar, One Team ni tak pernah dengar. Kami dari ****** club . club ini under One team . Kawan aku menyapa lagi , apa kaitan that club,one team and your biz?

Mungkin disebabkan malu nak cakap biz mlm punya konsep takut nanti orang x suka nak dengar. dia pun cuba mempelbagaikan konsep2 kebungaan.

That macho guys cuba menunjukkan file beliau, kereta-kereta mewah siput car dan juga orang-orang yang sudah berjaya dan memilikinya. sembang beliau bahawa dengan bersahaja kerja boleh jana pendapatan 8k sebulan , tak perlu susah-susah nak bangun awal pagi , tak perlu risau dimarahi bos. Tiap-tiap minggu ada aktiviti club , kita enjoy sambil buat duit. Minah kawan aku tu duk kata " Betul,betul,bet ul,betul dari tadi" .

kawan perempuan aku tadi tu dengan bangganya mengatakan bahawa gaji bulanannya mencecah RM5k!. Kawan aku ketawa. Lelaki macho tu cuba meyakinkan lagi dengan hujah sampahnya kepada kami .

Makanan sudah sampai. Kami makan sambil bersembang lagi. Minah tu mengusik aku soal perkahwinan. tanya aku bila nak kawin ? aku balas aku dah kahwin tahun lepas . Setelah proses makan tamat . Aku mengusik minah tu

Gaji 5k belanje la kami. bukan selalu dapat jumpa. Minah tu terpandang-pandang upline dia. Kawan aku menyindir dengan perkataan betul,betul .

Minah tu kata , ala u kata tadi nak belanja , itu sebab i order.

Kawan aku panggil cashier. dia minta kira asing , dia bayar yang dia makan , total RM33 dia makan sorang. Aku punya murah sikit RM 28. Aku pun bayar . Minah tadi cuba merunggut dekat cashier yang makanan dia dan upline dia aku kena bayar. Upline dia senyap saje. Dekat situ je aku dah nampak , gaji 5k pun x mampu nak bayar makanan tu , mcm mana nak beli siput car? Aku saje nak tengok gerak geri mereka yang bangga dengan corak penipuan, mereka mempunyai cita-cita yang tinggi tetapi usaha mereka berada di tempat yang salah.

Aku dengan nada bergurau bersahaja pun membayar makanan mereka berdua RM45 . Cuma Rm45 pun tak mampu nak mempertahankan maruah mereka yang berstatus gaji 4 angka. Lawak betul.

Aku pun menghulurkan biz card kepada mereka berdua .
seterusnya aku perkenalkan yang sebelah ni sebenarnya my finance manager company aku dan aku adalah Director untuk company tersebut .

Sebenarnya aku dengan kawan aku dah berpakat, kalau biz mlm memang kita nak kenakan diaorang. Biasa lah MLM NETWORKING nih sembang menggunung , tapi hasil entah kemana .

Aku sebenarnya hairan kenapa orang-orang mlm lebih terjerumus menayang wang ringgit/kereta/ untuk tatapan umum? dan mengatakan mereka sudah berjaya! Betul berjaya ? Benar berjaya ? Aku rasa mungkin dah terkena culture shock . dapat duit terus tangkap gambar,letak dekat facebook,buat blog.

Moral this story : One team memang tiada maruah .

dipetik dari : http://www.mlmscam.net/site/one-team/cara-penipuan-one-team#comment-293



Cerita Kedua...

Riya Anjaly Bt Abdullah Salam semua. 3 minggu lepas aku tidak mengetahui apa-apa pengetahuan tentang One Team sehinggalah aku dijemput oleh kawan kepada isteriku untuk mendengar satu peluang bisnes sekaligus boleh menambahkan pendapatan keluarga. Pada mulanya aku menolak sebab biasanya pada hari sabtu atau ahad, aku dan isteri ada membuat kerja part time tetapi kawan isteri ku sanggup untuk membayar masa kami pada hari ahad tersebut. so aku apa lagi..ok je la....maka bermulalah pengalaman aku dengan one team.

1. Aku hanya mengetahui nama One Team di dalam kereta dan pengetahuan aku adalah zero dan destinasi kami adalah Sunway. Bila sampai aku disambut oleh seorang lelaki yang lengkap bersuit. Pada mulanya aku ingatkan seoarng penyambut tetamu hotel tetapi adalah salah seorang challenge MQ.

2.Kami dibawa ke luar dewan untuk registration (registration telah dibuat). Luar dewan penuh sesak dengan manusia. Hampir kebanyakan mempunyai rambut ala beckam, belt LV, kemeja yang sangat cantik dan memang nampak elegan. Maybe 95% melayu, 4% cina dan selebihnya kaum lain. diberitahu hampir 2000 tetamu datang. Challenge MQ menceritakan serba sedikit tentang One Team yang mempunyai family club, friends club, star club..dan juga 8282.

3. Bila masuk ke dalam dewan dalam jam 10 lebih..muzik dipasang dengan kuat. Ramai peserta mula menari-nari di tepi stage dan juga atas meja. kebanyakan org nampak senang hati dan happy. Aku dan isteri agak terpingga-pinga.

4. Presenter pertama adalah Duke Yazid. Beliau menceritakan pengalaman kerja di MBSA. kerja makan gaji. kerja untuk bos. jumpa peluang utk kaya n join one team. baru balik dari umrah. Presenter kedua dalah MQ Pompuan (ex-PA dari jabatan kerajaan), menceritakan pengalaman sebagai PA. tak cukup duit untuk beli walaupun myvy, sering bagi duit kat mak bapak dan sering juga mintak balik. Presenter ketiga MQ (ex-MPP dari UiTM) menceritakan pengalaman beliau sudah mendapat pendapatan 5 angka, mampu membaiki rumah mak bapak dan sebagainya. Ada juga presenter yang cakap sekejap seperti MQ adik duke yazid, MQ yang keje akauntan dekat some of tobacco company dan yang paling akhir adalah duke cina (budak lagi) yang pukul gendang.n cakap berapi2..ayat dia selalu guna..siaaauuuu. Lupa nak bagi tahu program ini dinamakan NDO (New Distribution Orientation)

5. Sepanjang aku mengikuti NDO, tidak ada satu pun presenter menyatakan nama company iaitu natstar sdn. bhd. Tidak ada satu pun ayat menyatakan MLM. Tetapi sering kali menyebut rangkaian permasaran a.k.a network marketing. Tidak dinyatakan walaupun satu plan perniagaan, tidak dinyatakan apa yang perlu dibuat oleh pengedar, tidak dinyatakan berapa modal yang digunakan.

6. So apa yang diberitahu dalam NDO. syarikat kita adalah kukuh, kalau tidak macam mana kita boleh kuarkan 60 sport car, zaman ini adalah zaman network marketing. kebanyakkan orang tidak faham network marketing, apa sumbangan kepada ibu bapa yang melahirkan kita, apakah kita membalas jasa mereka, tidakkah kita mahu memberi kemewahan kepada mereka sebelum mereka menutup mata. kenapa mahu kerja makan gaji sedangkan donald trump dan robert t.kiyokasi juga mengesyorkan network marketing. Kerja makan gaji sampai hari kiamat pun tak kaya. 9/10 dari rezeki adalah daripada perniagaan dan sebagainya.

7. Saya akui NDO boleh menginsafkan saya untuk memberi kesenangan kepada ibu bapa dan tanggungjawab saya kepada mereka. Dan sebelah hati saya mengiyakan bahawa perniagaan ini adalah benar.

8. Selepas NDO iaitu jam 7.30, mereka mula berkumpul di luar membentuk kumpulan kecil dan ada seorang watak akan bercakap berapi-api dan orang dibawah akan melaungkan kata-kata semangat. Sangat riuh dan aku mula bosan. Kawan isteri mengajak untuk berkumpul di cafe mereka di sunway untuk mendengar plan perniagaan. Aku menolak dan mencadangkan hari lain dan tempat sekitar tempat tinggal aku. Dalam kereta semasa pulang, isteri ku menyakinkan aku untuk masuk dan mengandaikan bahawa Tuhan ingin memberi jalan kesenangan kepada kami.

9. Seminggu selepas itu, aku berjumpa dengan mereka (6 orang) di sekitar kawasan aku, itu pun setelah mereka gagal untuk menyakinkan aku untuk datang lagi ke sunway. Kata mereka datangla ke sunway, kita lihat enviroment, sport car..baru lah semangat untuk join. So. bermulalah plan perniagaan. Secara ringkas mereka menceritakan bahawa One Team merupakan kumpulan pengedar di bawah Natstar, mempunyai produk kesihatan, mempunyai AJL, mempunyai tokoh2 berpengaruh dalam natstar. Modal ialah 14k dan 41k. sebelum ini aku diberitahu tak perlu modal, bila invest 41k dapat pangkat Count, 1st month dapat 2500 dan 2nd month 2500 (kalau tak salah), update buku bank n shows dekat kawan2 dan cakap ade peluang perniagaan, sebulan masuk dh dapat 2500, bila dapat kawan buat appointment dan kami akan datang untuk explain.

10. Bila invest 41k kena cari 5 orang untuk invest wheiter 14k or 41k. jika dapat anda dapat komisyen. sebagai contoh org bawah invest 41k anda dapat 11k (kalau tak silap). barang tak perlu jual. bila dah masuk dengan 41k anda akan dapat 2500 + 2500 + buat baju + hphone + star cruise/genting + konvoi ke PD dengan sport car n helikopter dsb. Lupa nak cakap semasa MQ dia cerita pasal plan, anak2 buah akan menyamput betul betul betul sampai aku perasan. aku mintak tempoh seminggu untuk fikir.

SO INI ADALAH PANDANGAN AKU

1. Adakah zaman ini adalah zaman network marketing dan apa itu network marketing. Semasa NDO, mereka menyatakan bahawan Donald Trump dan Robert T.Kiyosaki melalui bukunya Why We Want You to Be Rich telah menyatakan network marketing adalah satu cabang untuk mendapat kekayaan pada masa ini. Adakah ia benar dan MEMANG BENAR. Robert T. Kiyosaki ada menulis 'after opening my closed mind, i could finally see some of the unique benefits the network marketing industry offers people who want more out of their lives. Donald Trump juga menulis 'Network marketing has proven itself to be viable and rewarding source of income, and the challenges could be just right for you. There have been some remarkable examples of success, and those successes have been earned through diligence, enthusiasm and the right product combined with timing. Donald Trump dan Robert T.Kiyosaki menyarankan 3 cara untuk mencapai kekayaan iaitu real estate, network marketing dan starting your own business. Persoalan sekarang adakah One Team benar2 menjalankan network marketing?. Maybe ramai ahli One Team tak pernah baca buku ini pun dan hanya mengikut bulat2 apa yang duke cina mereka cakap.

2. Jadi apa itu network marketing. Berdasarkan Ezine article menyebut ‘network marketing known as multi-level marketing or MLM. It is part of the direct selling industry and is run as a business-distribution model that allows a parent company to market its products directly to consumers through a large network of distribution and consumers. Wikipedia menyebut MLM also called network marketing a.k.a direct selling is a term that describes a marketing structure used by some companies as part of their overall marketing strategy. So ini bermakna network marketing dan MLM adalah benda yang sama, dan One Team adalah terlibat dengan MLM walaupun ini tidak diwarwarkan oleh One Team semasa NDO.

3. Sebagai kumpulan yang terlibat dengan MLM, apa syarat-syarat MLM. Part II (Requirement for a Licence to Carry on Direct Sale Business) di bawah Direct Sales Act 1993. So, One Team telah mendakwa mempunyai lesen di bawah syarikat Natstar Sdn. Bhd (telah pun dibatalkan pada 14.6.2010 sebenarnya). Cuba fikir yang mempunyai lesen adalah Natstar dan bukannya One Team. Apa fungsi One Team disini. Sebagai kumpulan pengedar kepada Natstar?. Anda perlu pandai membezakan MLM yang benar atau MLM tipu. Sebagai contoh Mary Kay (isteri aku telibat dengan Mary Kay) merupakan syarikat kosmetik yang mengamalkan MLM. Setiap distributor akan terus register atau berhubung langsung dengan Mary Kay yang dipanggil independent distributor tanpa memerlukan kumpulan pengedar. Pada masa ini, aku lihat ramai kumpulan pengedar yang wujud dibawah Hai-O, Uptrend yang aku percaya salah.

4. Seterusnya, Syarikat MLM perlu menjalankan perniagaan jualan langsung hendaklah menyediakan insentif berasaskan jumlah atau kuantiti atau perkhidmatan yang dijual atau diedar oleh setiap peserta dan bukannya daripada pengambilan orang ke dalam skim. Cuba fikir, One Team tidak mengalakkan barang yang dibeli dijual (nak jual pun boleh kata dia orang). Setiap orang yang kita rekrut akan mendapat komisyen. Sebagai contoh 11k jika kita invest 41k. Apa maknanya. Maknanya One Team telah melanggar syarat akta yang melarang komisyen diberikan berdasarkan jumlah rekrut dan bukannya berasakan perjualan barang atau produk.

5. Tahun 2004, United States Federal Trade Commission (FTC) ada menyatakan ‘steer clear of multilevel marketing plans that pay commissions for recruiting new distributors. They’re actually illegal pyramid schemes’. Ini bermakna jika sesuatu MLM mengamalkan komsiyen berasakan jumlah rekrut dan bukannya berasakan perjualan barang atau produk adalah skim piramid. Jadi One Team adalah terlibat dengan skim piramid?.

6. Apa itu skim piramid. ‘A pyramid scheme is a non-sustainable business model that involves the exchange of money primarily for enrolling other people into the scheme, without any product or service being delivered’. Saya ulang ‘without any product atau service’. Adakah One Team mempunyai produk. Memang One Team akan menjawab ya. Tetapi anda fikir adakah produk itu dijual dan anda mendapat komisyen daripada penjualan tersebut. Jawapan adalah tidak. Jadi adakah One Team merupakan satu plan piramid?.anda fikirkan.

7. Jadi perbezaan di antara MLM yang benar atau MLM tipu adalah sumber komisyen. Jika anda lihat, MLM yang betul seperti Cosway, Mary Kay, Tupperware mengamalkan komisyen berasaskan jualan dan bukannya berdasarkan rekrut. Senang saja kan?.

8. Anda perlu invest 41k dan anda akan dapat 11k (kalau tak salah), buat baju, star cruise handphone dan pergi konvoi. Tidakkah anda fikir duit itu juga merupakan duit anda dan diguna semula untuk menyakinkan anda.

9. Untuk dapat modal 41k. Kebanyakkan daripada kita termasuk saya akan membuat loan (target One Team adalah government sector). Untuk mendapat 41K anda perlu membuat loan mungkin 50k selama 15 tahun dengan interest katakan 4.99%. Jumlah bayaran anda setiap bulan adalah RM 489 selama 15 tahun. Jumlah hutang anda adalah RM 88,020. Adakah anda dapat memperolehi pulangan tersebut. Jawapan One Team adalah ya. Tetapi adakah anda dapat memberi jaminan bahawa One Team dapat bertahan sehingga loan anda selesai.

10. Jika anda sudah terlibat dengan One Team, saya nasihatkan anda untuk melangsaikan hutang anda secepat mungkin sebelum apa-apa terjadi kepada organisasi anda kerana bisnes ini bersifat uncertainty. Anda tidak akan tahu apa yang akan jadi pada organisasi pada masa depan. Tetapi percayala, skim yang bersifat seperti ini tidak akan bertahan lama.

11. ADAKAH SKIM INI DAPAT MEMPEROLEHI BANYAK WANG. Saya katakan ia memang benar selagi anda sanggup menipu (saya katakanan menipu kerana One Team adalah skim cepat kaya berdasarkan fakta-fakta yang saya berikan) kawan2 dan sedara mara untuk invest 14k dan 41k untuk mendapat komisyen dan anda sanggup kehilangan kawan2 dan sedara mara. Saya percaya bahawa segala penyata akaun yang ditunjukkan kepada saya dengan gaji 5 angka adalah benar tetapi dengan jalan yang salah.

12. Tetapi anda kena ingat, United States Federal Trade Commission (FTC) ada mengatakan ‘why is pyramiding dangerous?. Because plans that pay commissions for recruiting new distributors inevitably collapse when no new distributors can be recruited. And when a plan collapses, most people-except perhaps those at the very top of the pyramid end up empty handed’. So berapa lama sesuatu skim piramid akan collapse. Saya tidak tahu, mungkin 5 tahun, mungkin 10 tahun, mungkin
15 tahun. Yang pasti skim ini akan jatuh dan yang merana adalah golongan bawahan. Skim Pak Man Telo mengambil masa selama 20 tahun sebelum didakwa oleh BNM.

13. Dalam pembentangan plan, MQ ada memberi satu hipotesis seperti berikut. Pada masa ini bank mendapat untung dengan memberi pinjaman kepada peminjam dan mengenakan interest. Sumber pinjaman pula di ambil dari simpanan yang telah disimpan oleh pelanggan. So. MQ One Team mengatakan mengapa kita tidak mengunakan bank dengan membuat pinjaman dan membuat untung (melabur dalam One Team) dan tidak mengunakan duit sendiri. Bagi saya hipotesis ini adalah sangat naïf dan kosong. Jika anda membuat loan untuk memulakan perniagaan konvesional adalah tidak pelik, tetapi jika anda membuat loan untuk memulakan MLM, anda adalah pelik. Kerana apa? . Kerana dalam Peraturan-Peraturan Jualan Langsung 2001 ada mengatakan ‘Peserta tidak boleh membeli barang atau perkhidmatan dengan harga/amaun yang tidak munasabah’. Cuba bandingkan MLM yang betul dengan MLM scam.

14. Cuba anda fikir, One Team telah berpindah dari satu syarikat ke syarikat yang lain seperti Lampberger – DHCL/RZ Corp – Natstar. Syarikat ini mempunyai produk yang berlainan satu sama lain. Ini bermakna One Team tidak mementingkan produk tapi hanya ingin menumpang yang mempunyai AJL yang sah. One Team tidak lebih dari parasit yang menyebabkan lesen2 syarikat tersebut dibatalkan.

15. ‘Manusia memang pelik’, ‘orang di luar tidak faham dengan skim ini’. Manusia tidak pelik tetapi yang pelik skim ini. Tiada apa yang istimewa tentang MLM atau network marketing. Ianya hanyalah salah satu method untuk menjual produk dan perkhidmatan. Masalahnya terdapat skim cepat kaya yang berselindung di sebalik MLM dan salah satunya adalah One Team.

16. ‘Untuk berjaya berlajarlah dari orang berjaya’, ‘orang berjaya mencari jalan, orang gagal mencari alasan’. Mendapat banyak wang melalui skim cepat kaya bukanlah orang berjaya. Belajar dari orang yang berjaya melalui skim cepat kaya adalah orang yang dungu. Orang bijak adalah orang yang berfikir sebelum membuat sesuatu.

17. ATAS ALASAN-ALASAN INI SAYA TELAH MENOLAK AJAKAN KAWAN ISTERI SAYA UNTUK TERLIBAT DENGAN ONE TEAM.


P/S : sumber http://www.mlmscam.net/ ; Gerakan ANTI FRIENDS CLUB

terdapat beberapa kumpulan seperti ONE TEAM ni, seperti Steady Global Network, Friends Club, Star Club, Family Club dan banyak lagi..Niat Ingin Menjadi Jutawan...
Padahal Menjadi Hutangwan...

WAllahualam...



Segala Pendapat Dan Kritikan Amatlah Diharapkan Untuk Saya Update Dan Sebarkan...
Untuk Kebaikan Saudara2 Kita Diluar Sana...
InsyaAllah...



dari : http://www.facebook.com/note.php?note_id=444733611250
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...